Monday, September 30, 2013

Laman utama;

Guaman SyarieTetuan Nahar & Associates

Tetuan Nahar & Associates telah ditubuhkan pada awal tahun 2008 dan telah diamanah kepada Tuan Nahar Bin Alias yang berpengalaman luas dalam mengendalikan kes-kes syariah baik dalam kes Mal dan juga kes  jenayah syariah.  Firma guaman ini juga dibantu oleh beberapa orang pembantu Peguam Syarie yang berkelayakan serta dilantik oleh firma ini bagi mengkemaskinikan  kertas tuntutan kes di Mahkamah  serta bertanggungjawab dalam penyediakan hujahan baik diperingkat Mahkamah Rendah, Tinggi serta peringkat tertinggi di Mahkamah Rayuan Syariah di Malaysia.
Tetuan Nahar & Associates  telah memulakan perkhidmatannya secara menyeluruh dan menerima apa-apa kes permasalahan rumah tangga sehingga permohonan pengesahan & pendaftaran pernikahan luar negara, perceraian, harta sepencarian, permohonan faraid, hibah dan lain-lain lagi.
Firma ini turut dibantu oleh Pembantu Peguam syarie yang berkelayakan dari lulusan  Universiti  dalam negeri dan juga luar Negara. Setiap tahun pihak kami menerima pelajar pelajar dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Kolej Universiti Islam Malaysia (KUIS) untuk membuat latihan amali di firma ini bagi membantu dan mendedahkan kepada pelajar dengan kes-kes di Mahkmah syariah di Malaysia.
Tujuan utama firma ini adalah untuk membantu masyarakat islam di Malaysia dengan memberikan khidmat nasihat serta guaman syarie dalam  mengendalikan kes-kes di mahkamah syariah. Selain itu juga, firma guaman ini membantu pihak-pihak yang tidak berkemampuan untuk melantik peguam syarie dan tidak berkelayakan mendapat bantuan daripada biro bantuan guaman.