Monday, June 20, 2016

hujah Daftar Nikah

ENAKMEN TATACARA MAL MAHKAMAH SYARIAH (NEGERI SELANGOR ) 2003 HUJAH PENGGULUNGAN DI DALAM MAHKAMAH RENDAH SYARIAH DI HULU LANGAT DI DALAM NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN PERMOHONAN NO.: -2015 ANTARA SITI ABDUL SAMAD …PEMOHON I (No. K/P.: -08-6312) DENGAN AHMAD BIN MISKON …PEMOHON II (No. K/P.:-10-6279) MUKADIMAH 1. Pemohon I dan Pemohon II memohon kepada Mahkamah untuk mengesahkan dan mendaftarkan pernikahan mereka pada tarikh 15hb Jun 2015 bertempat di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand sebagaimana di bawah Seksyen 12 (2) Enakmen Undang-undang Keluarga Islam (Negeri Selangor) No. 2 Tahun 2003. 2. Pemohon I dan Pemohon II telah memfailkan permohonan tersebut pada 01hb Disember 2015. 3. Kes perbicaraan telah bermula pada 22/2/2016 dengan mengambil keterangan Pemohon II, manakala Pemohon I telah diambil keterangannya pada tarikh lain iaitu pada 03/03/ 2016. 4. Mahkamah telah menetapkan tarikh Pemohon-Pemohon memasukkan hujahan bertulis sebelum Mahkamah membuat keputusan berkenaan kes ini. ULASAN 1. Beban pembuktian menurut doktrin perundangan Islam adalah berdasarkan suatu kaedah yang dipetik dari Hadith Rasulullah s.a.w yang berbunyi :- Maksud: “Keterangan (pembuktian) ditanggung di atas pihak yang mendakwa (menuntut) dan sumpah ke atas yang engkar (menafikan).” 2. Pemohon I dan Pemohon II sebagai pihak yang mengemukakan dakwaan hendaklah membuktikan kesemua dakwaannya sehingga ke tahap yakin. Keyakinan pula adalah disabitkan melalui pengakuan, penglihatan atau keterangan dan dalil. 3. Kaedah-kaedah pembuktian (wasa’il al-ithbat) dalam mengemukakan eviden atau bukti samada yang disepakati atau yang tidak disepakati oleh ulama merangkumi kesaksian, iqrar, nukul al-yamin, (yang disepakati) ilmu al-qadhi, kitabah, qarinah, pendapat pakar, khabar, qiyafah, qasamah, li’an dan undian (yang tidak disepakati). 4. Dalam Seksyen 3 (1) Enakmen Keterangan Mahkamah Syariah (Negeri Selangor) 2003, “keterangan” termasuklah :- (a) bayyinah dan syahadah, (b) segala pernyataan yang dibenarkan atau dikehendaki oleh Mahkamah dibuat dihadapannya oleh saksi berhubung dengan perkara-perkara fakta yang disiasat (keterangan lisan) ; (c) segala dokumen yang dikemukakan bagi pemeriksaan Mahkamah (keterangan dokumentar). 5. Bayyinah ialah keterangan yang membuktikan sesuatu hak atau kepentingan dan termasuklah qarinah. Manakala syahadah ialah apa-apa keterangan yang diberikan di Mahkamah dengan menggunakan lafaz ‘asyhadu’ untuk membuktikan sesuatu hak atau kepentingan. 6. ‘Dokumen’ ialah apa-apa perkara yang dinyatakan, diperihalkan, atau bagaimana jua pun digambarkan, atas apa-apa benda, bahan, barang atau artikel, termasuklah apa-apa hal yang terkandung dalam cakera, pita, filem, runut bunyi atau apa jua peranti lain, dengan menggunakan huruf, angka, tanda, rakaman visual, rakaman bunyi, dan sebagainya. 7. Dalam kes ini, keterangan telah diberikan kepada Mahkamah secara bayyinah, syahadah, keterangan lisan dan keterangan dokumentar. 8. Dalam kes ini, beberapa isu-isu penting yang perlu diputuskan oleh Mahkamah ialah tentang :- (a) Bidangkuasa Mahkamah untuk mendengar dan memutuskan kes ini. (b) Samada Pernikahan tersebut yang berlangsung pada tarikh 15hb Jun 2015 bertempat di Majlis Agama Islam Wilayah Songkhla, Thailand adalah Sah mengikut Hukum Syarak atau Tidak.

No comments:

Post a Comment